

21 April - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota MBMB.
Solat dhuha diimamkan oleh En. Farhan dan tazkirah disampaikan oleh En. Zamri bin Yunus, Jabatan Teknologi Maklumat. Tazkirah yang disampaikan adalah berkisar mengenai Peranan Umat Islam dalam Teknologi Maklumat. Bagi kita umat islam, perkembangan teknologi maklumat pastinya menjadi suatu rahmat, peluang dan cabaran kepada kita. Kita juga boleh menyebarkan dakwah melalui internet.
Kita harus memandang kecanggihan teknologi maklumat ini sebagai suatu rahmat dan cabaran daripada Allah swt untuk menguji sejauhmana keimanan kita kepada Allah, terpulang kepada kita untuk memanfaatkan teknologi maklumat ini sama ada untuk menggunakannya ke arah kemajuan manusia sejagat berlandaskan islam atau sebaliknya.


