25 Mac - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota MBMB. Turut hadir YBhg. Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Pakar Motivasi yang diundang bagi menyampaikan ceramah integriti.
Solat dhuha diimamkan oleh En. Asrul Ridzuan bin Abdullah Sani dan tazkirah telah disampaikan oleh En. Taqiuddin. Tazkirah yang disampaikan adalah mengenai Amalan Puasa. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ia adalah madrasah untuk melatih jiwa kita menjadi insan yang lebih bertakwa. Jika selama ini kita berjaya menundukkan nafsu, menjaga lidah, dan memperbanyakkan amal soleh




