PANTAI PUTERI 14 Oktober - Program PETRONAS Menyemai Masa Hadapan Program Pembersihan Pantai dan Kitar Semula Melaka 2023 telah diadakan di Pantai Puteri, Melaka. Hadir merasmikan program ini YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Pengurusan Bencana dan Perubahan Iklim. Hadir sama ahli-ahli Majlis MBMB, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandraya MBMB dan anggota MBMB. Program ini melibatkan kerjasama daripada SWM Environment, Jabatan Alam Sekitar Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, komuniti sekitar Pantai Puteri dan pihak JAPERUN serta warga kerja Petronas Selatan.