KOTA LAKSAMANA 28 Oktober - Telah berlangsung Program Pendengaran Awam “Sejahterakan Bandarayaku” DUN Kota Laksamana - Libat Urus Bersama MBMB di Dewan Taman Anika, Lorong Pandan, Melaka. ADUN Kota Laksamana, YB Tuan Low Chee Leong selaku tetamu kehormat bagi sesi libat urus ini. Turut hadir, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Abd Razak bin Abu, Ketua Ahli Majlis MBMB, Ahli-ahli Majlis MBMB, Ketua-ketua jabatan serta Pegawai-pegawai Kanan MBMB. Sesi dialog bersama wakil JPKK DUN Kota Laksamana ini juga lebih kepada untuk penyelesaian masalah berbangkit di sekitar kawasan tersebut. Turut diadakan sesi penyampaian cenderahati kepada agensi yang terlibat. Turut berlangsung jualan rahmah yang melibatkan jualan barangan keperluan asas bagi membantu penduduk sekitar mendapatkan barangan tersebut dengan harga yang lebih rendah.