24 Mei - Program "Litter Picking/ Plogging", Bandaraya Ekosistem Bersih Aspirasi Semua (BEBAS) anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB Bil. 16/2024 telah dijalankan di sekitar kawasan Tapak Warisan Banda Hilir..
Anggota yang terlibat adalah daripada Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB, anggota SWCorp Melaka serta sukarelawan yang terdiri daripada orang awam dan Ops Bebas ini diketuai oleh Ketua Bahagian Kawal Selia Jabatan Landskap Dan Pengindahan Bandaraya, Puan Norliah Binti Abdul Rahman. Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman Datuk. Bandar MBMB, Tn. Nor Zaki bin Md Nor Pengarah SWCorp Negeri Melaka dan Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh Setiausaha Bandaraya MBMB.
Jom sama-sama menjaga kebersihan Bandaraya kita dengan tidak membuang sampah merata-rata .