Program "Litter Picking/ Plogging", Bandaraya Ekosistem Bersih Aspirasi Semua (BEBAS) anjuran bersama Persatuan Pahlawan Bumi (Earth Warriors Association) dan Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB Bil. 1/2026

 

Picture25

 

10 Januari - Program "Litter Picking/ Plogging", Bandaraya Ekosistem Bersih Aspirasi Semua (BEBAS) anjuran bersama Persatuan Pahlawan Bumi (Earth Warriors Association) dan Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB Bil. 1/2026 telah dijalankan di Bulatan Melaka Sentral, Peringgit Melaka. Operasi Bebas MBMB sudah memasuki Tahun Ke 4 bermula April 2023. Anggota yang terlibat adalah daripada Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB, Ahli Persatuan Pahlawan Bumi Negeri Melaka, Anggota Kerja Agensi CMI Infra, Anggota Kerja Melaka Sentral Sdn Bhd, 34 orang pelajar Politeknik Kota Negeri Melaka dan Skuad Bebas MBMB. Operasi Bebas kali ini diketuai sendiri oleh Perintis Ops Bebas MBMB, Yang Berbahagia Datuk Haji Shadan Bin Haji Othman, Datuk Bandar MBMB. Turut hadir sama Tuan Haji Moahzam Bin Asari, Pengarah Landskap Dan Pengindahan Bandaraya, Tuan Zulhafni Bin Mad Rahis, Pengurus Besar Melaka Sentral Sdn Bhd dan Tuan Nur Zaiman Bin Abdullah, Eksekutif Persatuan Pahlawan Bumi (Earth Warriors Association) Negeri Melaka. Terima Kasih dan tahniah diucapkan kepada Persatuan Pahlawan Bumi atas penganjuran Ops Bebas Kali Kelapan bersama Skuad Bebas MBMB dan jumlah kutipan sampah operasi bebas kali ini ialah sebanyak 111 Kilogram.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 30 Januari 2026.
Jumlah Pelawat
04466447

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY