TANJUNG KLING 7 Januari - Program Kebun Komuniti Bandaraya Melaka telah diadakan di Kg. Solok Biak, Tanjung Kling, Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh YB Puan Tuminah binti Kadi @Mohd Hasim, Timbalan EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna. Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB, Ketua-ketua Jabatan serta anggota MBMB. Kebun komuniti ini merupakan satu inisiatif hijau bagi menaiktaraf kehidupan rakyat dengan bercucuk tanam dan hasil tanaman digunakan oleh isi rumah . Antara pokok yang ditanam adalah cekur, lengkuas, pandan, daun kunyit dan limau kasturi. Tahniah kepada penduduk Kg. Solok Biak dan semoga kebun komuniti ini mendapat manfaat kepada semua penduduk.