PERINGGIT 23 Januari - Telah berlangsung Program Kebun Komuniti Bandaraya Melaka di National Autism Society Malaysia (NASOM), Bukit Peringgit, Melaka.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Kalsom binti Nordin, EXCO Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Komuniti . Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Yang Berusaha Dr. Maziah binti Said, Pengerusi NASOM, Yang Berusaha Datin Nor Haya binti Sulaiman, Pengarah Perhubungan Korporat NASOM, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB, Ketua-ketua Jabatan serta Pegawai-pegawai Kanan MBMB.
Tahniah diucapkan di atas inisiatif mewujudkan kebun komuniti di NASOM merupakan salah satu rakan strategik bagi Program Melaka Low Carbon City (MLCC), dan di samping membantu memperkasakan komuniti autism dengan mempelbagaikan aktiviti yang dilaksanakan. Aktiviti berkebun ini merupakan pendekatan sosial yang baik bagi individu dengan spektrum autism di mana ianya membina intergrasi deria dan kemahiran motor, mengurangkan perasaan resah (anxiety), membuka ruang untuk bekerja dengan orang lain, belajar mengenai makanan yang ditanam sendiri, serta mengasah kemahiran mengikut arahan.
Para hadirin juga dibawa melawat pameran, jualan hasil tangan para pelajar, serta demonstrasi memasak wafel di mana aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan bagi menjana pendapatan para pelajar ini.