GRAHA MAKMUR 9 Mac - Program Jom Ke Sekolah Tahun 2024 anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Dewan Taming Sari, MBMB.
Program tanggungjawab sosial korporat atau CSR ini dirasmikan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran , Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.
Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, Clr. Zamani bin Md. Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis, Datuk Gary Choo Kok Sen, Pengurus Besar Mamee, Ahli-ahli Majlis, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandraya , serta Ketua-ketua Jabatan MBMB.
Sebanyak 100 orang anak-anak yang terdiri daripada sekolah rendah dan menengah setiap wakil DUN telah menerima sumbangan berupa wang tunai bagi bantuan persekolahan. Mereka turut menerima goodies berupa makanan produk Mamee.