GRAHA MAKMUR 21 Februari - Telah berlangsung Mesyuarat Majlis Penuh Khas Bil. 1/2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di Anjung Makmur, MBMB serta Program 'Ice Breaking' Datuk Bandar bersama Ahli Majlis MBMB di Auditorium.
Pelantikan Ahli Majlis MBMB adalah seramai 22 orang dan 5 orang Ahli Majlis Turut Hadir. Hadir mempengerusikan mesyuarat YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana . Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB dan Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB.
Turut berlangsung pelantikan Ketua Whip MBMB iaitu Clr.Tuan Mustafa Baboo, Ahli Majlis DUN Klebang dan Timbalan Ketua Whip Clr. Zamani bin Md. Isa, Ahli Majlis DUN Telok Mas.