
14 Februari - Program Fun Walk sempena Karnival Demi Paya Rumput telah berlangsung bertempat di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka. Flag -off peserta telah disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merangkap ADUN Paya Rumput serta YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Turut hadir YBhg. Datin Ernie Aidilia binti Datuk Karim , isteri YB EXCO kanan. Seramai lebih kurang 2000 orang peserta telah menyertai program ini .


