GRAHA MAKMUR 14 Mac - Telah berlangsung Program Ceramah Agama Perdana sempena Sambutan Ulangtahun ke 21 Bandaraya Melaka Bersejarah dan Sambutan Hari Wanita 2024 anjuran Kelas Agama dan Motivasi MBMB dan Puspanita MBMB bertempat di Dewan Taming Sari, MBMB
Ceramah perdana kali ini menampilkan pendakwah yang tidak asing lagi iaitu Ustazah Asma' Harun dengan ceramah bertajuk 'Ramadan First Class'.
Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya, Ketua-ketua jabatan dan warga kerja MBMB.
Semoga dengan ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkn bersama dalam meningkatkan amal ibadah di bulan mulia ini.