Program BEBAS MBMB Galakkan Sukarelawan Sertai Usaha Kebersihan Bandaraya

Picture68Picture68.1

9 Mei - Program "Litter Picking/ Plogging", Bandaraya Ekosistem Bersih Aspirasi Semua (BEBAS) anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB Bil. 14/ 2025 telah dijalankan dari Balai Polis Banda Hilir menyusuri Jalan Merdeka, Hotel Equatorial, Jalan Parameswara dan kembali ke Balai Polis Banda Hilir, Melaka.

Anggota yang terlibat adalah daripada Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya, Sukarelawan Ops Bebas serta ahli keluarga dan anggota dari CMI Infra Melaka.

Operasi Bebas ini telah diketuai sendiri oleh YBhg.  Datuk Bandar MBMB, Datuk Hj. Shadan Bin Hj. Othman. Turut hadir bersama Setiausaha Bandaraya, Tuan Muhammad Firdaus Bin Shariff.

Sebanyak 6 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) bernilai RM3500 telah dikeluarkan kepada operator premis yang tidak menjaga kebersihan sekitar premis mereka.

Jom sama-sama menjaga kebersihan Bandaraya kita dengan tidak membuang sampah merata-rata.

Kepada individu atau kumpulan sukarelawan yang ingin menyertai dan turut serta Pasukan Sukarelawan Ops Bebas MBMB boleh hubungi talian berikut 0142687773 (IKK AZRAN)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 17 Disember 2025.
Jumlah Pelawat
04410992

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY