Program Bandaraya Penyayang: Gotong-Royong & Sumbangan kepada Penduduk di Sungai Udang Jaya

Picture88Picture88.1

21 Mei - Program Bandaraya Penyayang sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Sungai Udang telah dijalankan di kediaman En. Abdul Aziz, Kampung Sungai Udang Jaya.

Kerja-kerja gotong-royong membersihkan rumah telah diadakan serta kerja-kerja mengecat dan membaiki rumah beliau telah dijalankan oleh anggota Pejabat Penasihat Undang-undang, Unit Mahkamah, Unit Integriti Dan Unit Inovasi MBMB serta dengan kerjasama anggota Jabatan Infrastruktur Komuniti Dan Logistik serta Jabatan Landskap Dan Pengindahan Bandar.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan İklim Dan Pengurusan Bencana. Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Mustaffa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, ahli-ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, En. Shaiful Hizam bin Johari, Pegawai Daerah Melaka Tengah, Wakil-wakil JAPERUN serta penduduk setempat.

Penerima juga turut menerima sumbangan bernilai RM2,000 berupa kelengkapan rumah, wang tunai RM500 dan kit makanan.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 17 Disember 2025.
Jumlah Pelawat
04410996

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY