

10 Mei - Program kitar semula anjuran MBMB iaitu Anda Kitar, Kami Bayar (AKKB) telah diadakan di Dataran Bandaraya MBMB bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Program AKKB pada kali ini dijayakan bersama pasukan sukarelawan dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya yang menyumbang khidmat bakti membantu warga bandaraya.
Sebanyak 10,992kg barangan kitar semula berjaya dikumpulkan pada hari ini. Jumlah ini bersamaan dengan janaan ekonomi kitaran sebanyak RM 12,086. Jumlah kutipan barangan kitar semula mengikut jenis adalah seperti berikut:
- Minyak masak terpakai: 2,841kg (RM8,598)
- Al-Quran: 116 kg
- E-waste: 909 kg (RM 272.70)
- Fabrik: 3,925kg (RM 196.25)
- Tetrapak dan botol kaca: 89 kg
- Sisa Makanan: 21kg / RM2.10
- Pelbagai jenis barangan 3R: 3,090.7kg (RM993.64)
Program ini mencapai beberapa aspek Matlamat Pembangunan Mampan atau 'Sustainable Development Goals' (SDG) iaitu Matlamat 3: 'Good Health & Well-being', Matlamat 6: 'Clean Water & Sanitation', Matlamat 11: 'Sustainable Cities and Communities', Matlamat 12: 'Responsible Consumption and Production', Matlamat 13: 'Climate Action', Matlamat 14: 'Life Below Water' Matlamat 15: 'Life on Land' dan Matlamat 17: 'Partnership for the Goals'.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga bandaraya, pihak sukarelawan ipta, agensi dan pembekal yang terlibat iaitu Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri Melaka, SWCorp, UTEM, UITM Kampus Bandaraya, Life Line Clothing, Kloth Cares, Greenviro, ArusV, Meriahtek, SWM, PTHM, serta anggota-anggota MBMB yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Turut hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB dan Tn. Muhammad Firdaus bin Sharif, Setiausaha Bandaraya bagi meninjau keadaan sekitar program tersebut.


