DATARAN BANDARAYA 7 Januari - Pesta Gendang Nusantara 2024 telah melabuhkan tirainya. Program gilang gemilang ini menyaksikan penglibatan sebanyak 31 kumpulan dari dalam Malaysia, Nusantara dan Antarabangsa di mana setiap kumpulan menampilkan skil pergendangan masing-masing.
Majlis ini telah dirasmikan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di- Pertua Negeri Melaka. Hadir sama YABhg. Toh Puan Datuk Wira Hjh. Asmah binti Ab Rahman, isteri Yang di-Pertua Negeri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama isteri, barisan Dif-Dif kehormat, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB selaku tuan rumah.
Gimik Perasmian merupakan hologram memaparkan Al Jufferi Jamari, Jaguh Pesilat Dunia yang menunjukkan pergerakan seni pergendangan dari satu negara ke satu negara hingga ke negeri Melaka dan pemukul gendang diserahkan kepada TYT Tun Seri Setia diikuti pukulan sebanyak 3 kali sebagai tanda tirai majlis dibuka. Hadirin yang hadir membanjiri Dataran Bandaraya MBMB dianggarkan seramai 15,000 orang. Serentak, Seirama, Senada, Sebudaya.