
18 Julai - Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MBMB Bil. 7 bagi tahun 2025 telah diadakan di Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka yang dihoskan oleh Jabatan Kejuruteraan MBMB.
Taklimat berkaitan Tarif Elektrik yang baharu telah disampaikan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB). YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB turut menyampaikan amanat beliau kepada semua anggota dan berkongsi mengenai projek-projek pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan oleh MBMB sepanjang tahun 2025. Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, ketua-ketua jabatan dan unit , pegawai-pegawai kanan serta anggota MBMB. Sekalung penghargaan kepada YB Datuk Hj. Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, ADUN Duyong kerana sudi hadir bersama-sama dalam Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MBMB di Mini Karnival Taman Bandaraya Bukit Serindit ini.
Koir oleh Kumpulan Kesuma Jiwa turut memeriahkan suasana perhimpunan pada pagi ini. Turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada semua jabatan di atas kehadiran ke Kursus Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah yang telah diadakan di SPRM Alai. Penyampaian sijil dan wang tunai kepada Zon EKSA terbaik turut diadakan sempena Program Audit Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 9 hingga 11 Julai yang lalu.
Tahniah kepada semua warga kerja MBMB!!!
Semoga seluruh warga kerja MBMB bekerja dengan cekap dan amanah ke arah bandaraya bersejarah lestari dan pintar.


