

5 Mei - Sesi Kunjung Hormat Jabatan Kesihatan Negeri Melaka ke Pejabat Datuk Bandar MBMB, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman telah diadakan bagi membincangkan Program Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR).
Delegasi seramai 3 orang ini diketuai oleh Dr. Noor Aizam bin Mohd Said, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hadir sama, ketua-ketua jabatan MBMB serta pegawai-pegawai kanan MBMB. Semoga perbincangan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.


