
24 Januari - Telah berlangsung Perbarisan Pembukaan Latihan Rejimen 514 Askar Wataniah di Persiaran Encore, Melaka. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka. Hadir sama Mejar Jeneral Dato Ahmad Shuhaimi bin Mat Wajab, Panglima GGK, Brigidier Jeneral Mohd Musyadi bin Abdul Mutalib, Ketua Staf 21 GGK, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, serta Ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan. Tahniah kepada 297 anak watan Negeri Melaka yang telah menyertai askar wataniah !!!


