Perasmian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Sungai Udang

Picture80Picture81

18 Mei - Majlis Perasmian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Sungai Udang telah diadakan di Dewan Anugerah Desa Cemerlang, Kg Paya Rumput Jaya, Sungai Udang.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Hjh. Kalsom binti Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Komuniti mewakili YAB Ketua Menteri Melaka.  Hadir sama, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Tn. Mohd Shaiful Hizam bin Johan, Pegawai Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Mustaffa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, Wakil-wakil agensi serta penduduk setempat.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sejak awal pagi lagi bagi memeriahkan Program WRUR Sungai Udang. Turut diadakan Program Tanam Pokok, pameran dan jualan makanan tradisional, serta turut serta Kaunter bergerak dan Kaunter aduan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Ayuh warga penduduk sekitar Dun Sungai Udang memeriahkan pelbagai aktiviti dan program yang telah disusun sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat bermula hari ini hingga 30 Mei 2025.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 17 Disember 2025.
Jumlah Pelawat
04410995

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY