

29 April - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota MBMB.
Solat dhuha diimamkan oleh En. Naqiuddin bin Mohamed Anuar dan tazkirah disampaikan oleh En. Shahnizam bin Ibrahim, Jabatan Infrastruktur Komuniti dan Logistik MBMB. Tazkirah yang disampaikan adalah mengenai Tertangguh Keampunan Kerana Persengketaan. Islam sangat menganjurkan perdamaian bagi orang yang bermusuh. Jadilah orang yang memaafkan serta segera meminta maaf jika melakukan kesalahan.
Semoga seluruh anggota MBMB diberikan kemudahan dan sentiasa dipermudahkan urusan.


