
16 Julai -Satu penggambaran bagi tujuan dokumentari Anugerah Perancangan Kawasan Rekreasi Madani Terbaik telah diadakan di Taman Bandaraya Bukit Serindit oleh FINAS.
MBMB telah menerima anugerah tersebut semasa Malaysia Urban Planning Awards (MUPA) 2024 yang lalu. YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB turut serta dalam penggambaran ini dan hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB serta anggota Jabatan Perancangan Bandar MBMB.


