4 Mac - Peluncuran kempen “Perhati dan Pilih" pada tahun ini iaitu PELIHARA SINAR RAMADAN MAKANAN DENGAN SELAMAT telah diadakan di Bazar Ramadan Bukit Peringgit.
Di sepanjang bulan Ramadan ini, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKN Melaka) menjalankan pemeriksaan kebersihan secara berterusan ke atas premis-premis yang beroperasi di Pasar Ramadan di seluruh Negeri Melaka.
Kempen ini dirasmikan oleh YB Datuk Ngwe Hee Sem, EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka dan turut hadir timbalannya YB Puan Siti Faizah binti Abd Azis. Hadir sama YB Datuk Hjh Kalsom binti Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB serta Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB.
Mereka turut menyantuni peniaga-peniaga Bazar Ramadan tersebut.




