
10 Februari - Sekalung penghargaan dan tahniah kepada konvenor badminton MBMB yang berjaya merangkul Johan sempena Karnival Sukan Antara Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Melaka Kali Ke VI 2026 . Kejohanan badminton ini telah berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negara (MSN) Ayer Keroh. Pasukan MBMB menang mengalahkan pasukan PDRM dengan skor 3-2. PDRM selaku Naib Johan, manakala tempat ketiga bersama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Universiti Teknikal Melaka Malaysia . YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB turut bersama-sama meraikan kemenangan pasukan badminton MBMB!


