PETALING JAYA, 1 Disember - MIP MyPlace Award telah berlangsung di Le Meridien, Petaling Jaya, Selangor. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bersama Pihak Perunding Urban Scale Studio Sdn Bhd telah menyertai anugerah ini iaitu bagi Kategori 11 : Placemaking project by town planning firm/ town planner, subcategory 1 : public sector dengan tajuk Santai@ Sungai Melaka, Catalyzing City Resilience Solution Program MBMB SDG Park Melaka telah berjaya merangkul Diamond Winner.
Majlis penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Datin TPr. Hjh. Noraida bin Saludin, Presiden Malaysian Institute of Planners (MIP) dan YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB telah menerima anugerah tersebut. Hadir sama, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB, Ketua-ketua Jabatan serta Pegawai-pegawai Kanan MBMB.