

19 Mei - Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 telah diadakan di Anjung Makmur, MBMB.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama YBrs. En. Khairul Azrin bin Mod Rifat, Pengarah Audit Negeri Melaka serta Tn. Hj. Mohd Hishamuddin bin Abu Hassan, Rakan Tetuan Hisham & Co. serta delegasi beliau. Turut hadir Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, ketua-ketua jabatan dan unit serta pegawai-pegawai kanan MBMB


