
30 April – Mesyuarat Majlis Penuh Bil. 5/2026 telah berlangsung di Anjung Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Haji Shadan bin Haji Othman, Datuk Bandar MBMB dan dihadiri oleh Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis, ahli-ahli majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, serta ketua-ketua jabatan dan unit MBMB.
Turut diadakan Taklimat Draf Blueprint SM-WEZ 2.0 dan Draf Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 2035 ( Pengubahan 6 ) oleh Encik Mohd Syukri bin Yahya, Timbalan Pengarah PLAN Malaysia Melaka. Semoga segala perancangan dan keputusan yang dibincangkan memberi manfaat kepada warga Bandaraya Melaka.


