
20 April - Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) Bil 1/2026 bagi Zon Tengah dan Selatan telah diadakan di Anjung Makmur, MBMB.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan , Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan .
Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, datuk-datuk bandar , Yang di-Pertua Majlis Bandaraya dan Perbandaran, serta wakil Unit Kerajaan Tempatan .
Mesyuarat ini adalah bagi menyampaikan keputusan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ( MNKT ) serta keputusan Pengurusan Tertinggi KPKT.


