
22 April - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama & Motovasi MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota-anggota MBMB.
Solat dhuha diimamkan oleh En. Mohd Fadli bin Ahmad, Unit Audit Dalam, MBMB dan tazkirah oleh En. Mohd Badrol bin Kamaruddin, Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Persekitaran, MBMB. Tazkirah yang disampaikan adalah berkisar mengenai Keikhlasan Dalam Kehidupan.
Dalam kehidupan seorang muslim, ikhlas adalah asas yang paling penting dalam setiap amalan. Ia menjadi penentu sama ada amalan diterima oleh Allah SWT atau ditolak. Natijah daripada keikhlasan yang tersemat dalam jiwa, akan lahirlah amalan atau pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh, beramanah, dan sentiasa meningkatkan prestasinya demi mencari keredhaan Allah SWT.


