
21 April - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persembahan Majlis Makan Malam bagi 30th Earoph World Congress 2026 dan lawatan tapak persiapan telah diadakan di perkarangan Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB , ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan MBMB.
Bandaraya Melaka telah dipilih menjadi tuan rumah kepada 30th Earoph World Congress 2026 bermula 23 hingga 26 April ini di mana melibatkan penyertaan lebih 10 buah negara .


