BANDA HILIR 14 Oktober - Melaka Fun Ride Night Criterium 2023 sempena Progam Santai@BandaHilir telah berlangsung dengan jayanya. Program ini juga bersempena Hari Sukan Negara 2023 yang disambut pada 14 Oktober.
Jarak laluan basikal ini adalah sejauh 1.5 kilometer dan peserta dikehendaki menyelesaikan 10 pusingan. Jumlah peserta adalah seramai 303 orang dan terdiri daripada peserta daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Perbandaran Jasin, Majlis Perbandaran Alor Gajah serta orang awam yang berdaftar secara online dan walk in. Flag-off peserta telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama Clr. Linesh Khandar a/l Babu @ Harshad Kumar, Ahli Majlis MBMB, serta Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB.