PUTRAJAYA 29 Februari - Setinggi-tinggi tahniah Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di atas pengiktirafan memperoleh Anugerah Emas sempena Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah ( AIGA) 2023.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan, Menteri Kewangan II. Hadir sama YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia. YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB telah menerima anugerah penghargaan tersebut.
Turut hadir meraikan kejayaan pada malam ini YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Pegawai-pegawai Kanan MBMB