PUTRAJAYA 15 Mac - Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia (International Happiness) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 telah diadakan di PLANMalaysia, Putrajaya.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah terpilih menerima penganugerahan Bandar Paling Bahagia 2024 sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia bersama-sama 9 bandar yang lain. YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB telah menerima anugerah tersebut daripada YB Tuan Nga Kor Ming. Hadir sama, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB serta Pegawai-pegawai Kanan MBMB.
Antara penyumbang utama tahap kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk adalah kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal serta kutipan sampah yang berkesan dan teratur