LAOS 26 Januari - Majlis Penyampaian ASEAN Tourism Awards telah diadakan di Grand Ballroom, Landmark Riverside Hotel, Lao PDR.
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah menerima Anugerah Asean Clean Tourist City Standard dan anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha MOTAC Malaysia kepada YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.
MBMB telah berjaya merangkul anugerah ini kerana telah mematuhi semua kriteria penilaian ASEAN Clean Tourist City Standard di mana penilaian telah dilaksanakan pada bulan Jun 2023 oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di atas pengiktirafan ini.