KUALA LUMPUR 7 Februari - Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2023 telah diadakan di M Resort Hotel Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah telah menerima 6 Diamond iaitu LCC ZONE:
1. Melaka Low Carbon City
LCC PARTNERS:
2. Bangunan Graha Makmur
3. Kompleks Logistik MBMB
4. Tapak Semaian MBMB
5. Kompleks Renang MBMB
6. Medan Selera Persimpangan Peringgit
Anugerah telah disampaikan oleh YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam kepada YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Mohd Zin, Timbalan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka mewakili Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Kemenangan ini menunjukkan komitmen dan usaha berterusan yang dilaksanakan oleh MBMB di dalam menangani isu perubahan iklim dan mengurangkan pembebasan karbon ke udara untuk mencapai status Bandaraya Melaka Pintar dan Rendah Karbon 2035.