

21 Mei - Program Bandaraya Penyayang sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Sungai Udang telah dijalankan di kediaman En. Mohd Fairus bin Baharom, Kampung Bertam Hulu.
Kerja-kerja gotong-royong membersihkan rumah telah diadakan di samping membersihkan semak samun di persekitaran rumah, membaiki sebahagian siling dan bumbung bahagian dapur yang telah rosak telah dijalankan oleh anggota Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti, Unit Sukan serta anggota Jabatan Infrastruktur Komuniti Dan Logistik dan Jabatan Landskap Dan Pengindahan Bandar.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan İklim Dan Pengurusan Bencana. Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Mustaffa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, ahli-ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, En. Shaiful Hizam bin Johari, Pegawai Daerah Melaka Tengah, Wakil-wakil JAPERUN serta penduduk setempat.
Penerima juga turut menerima sumbangan bernilai RM2,000 berupa kelengkapan rumah, wang tunai RM500 dan kit makanan.


