AYER KEROH 1 November - Telah berlangsung 48th International Convention on Quality Control Circles ( ICQCC) Beijing, China 2023 anjuran CAQ secara atas talian menggunakan Platfrom Zoom Meeting di mana 3 kumpulan mewakili Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Ketiga-tiga Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) tersebut adalah Kumpulan Trafffic Management Engineering Team dengan projek Sistem Pintar Kawalan Trafik MBMB (SPiKTRA-M), Kumpulan Cool Unit dengan projek Tali Amaran Pintar dan Kumpulan IOT dengan projek Sistem Pengurusan Acara Elektronik (SPACE ). Kesemua kumpulan telah merangkul Gold Awards di mana keputusan diumumkan sejurus peserta selesai pembentangan. Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan kerana telah mengharumkan nama MBMB!