MBMB Memenangi 4 Anugerah Sempena Majlis Apresiasi Petugas-petugas Perkhidmatan Awam 2023

BANDARAYA MELAKA 15 November - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah memenangi hadiah pelbagai kategori sempena Majlis Apresiasi Petugas-petugas Perkhidmatan Awam 2023 di Hatten Hotel. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Di majlis berprestij ini, MBMB telah memenangi 4 kategori sempena Pertandingan Perarakan Hari Kebangsaan 2023 iaitu :

- Johan Pakaian Terbaik
- Naib Johan Placard Terbaik
- Naib Johan Kreativiti Terbaik dan;
- Tempat Ketiga Kawad Terbaik


YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB menerima hadiah yang disampaikan oleh YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Hadir sama, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota MBMB. Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja MBMB yang terlibat dalam menjayakan program-program anjuran Kerajaan Negeri Melaka.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 24 Januari 2025.
Jumlah Pelawat
04021917

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MelakaPay