

9 Mei - Telah berlangsung Majlis Perasmian Program Inisiatif Cashless MBMB bertempat di Perkarangan Menara Taming Sari, MBMB.
Program inisiatif Cashless ini khusus kepada para peniaga di sekitar Zon Bebas Kenderaan, Banda Hilir dan kepada pengayuh beca di sekitar kawasan tersebut.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama Clr. Mustaffa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, Clr. Zamani bin Md. Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis MBMB, Ahli-ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB serta Ketua-ketua jabatan MBMB, para pengayuh beca dan peniaga sekitar.
MBMB melalui Unit Kerajaan Tempatan (UKT) Negeri Melaka, mengambil pendekatan mempromosikan pembayaran digital yang lebih selamat dan telus. Terdahulu taklimat berkaitan inisiatif ini telah disampaikan oleh pihak Touch n Go, Fiuu serta Agrobank.


