BANDARAYA MELAKA 2 November - Telah berlangsung Perlawanan Bola Sepak 3 Penjuru Sejahterakan Bandarayaku antara MBMB, SW Corp dan SWM di Stadium Hang Tuah.
Antara barisan pemain MBMB adalah Ahli-ahli Majlis MBMB, Ketua-ketua jabatan, Pegawai-pegawai Kanan serta anggota MBMB seramai 23 orang termasuk pemain simpanan. Clr. Tn. Hj. Tamby Sulaiman bin Tamby Abu Bakar selaku Pengurus Pasukan MBMB. Perlawanan persahabatan sebegini perlu dikekalkan untuk mengeratkan hubungan antara PBT dan agensi dalam negeri Melaka.