GRAHA MAKMUR 30 Januari - Majlis Send-Off Anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah iaitu Puan Rahayu binti Mansor daripada Jabatan Kewangan MBMB yang telah berkhidmat selama 22 tahun 10 bulan dan akan bersara pilihan pada 31 Januari 2024. Hadir sama meraikan YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Tuan Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota-anggota MBMB. Selamat bersara dan didoakan agar beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan.