6 Mac - Majlis Send-Off anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Pn. Saruja A/P Muthusamy, Unit Sukan, MBMB yang telah berkhidmat selama 26 tahun 6 bulan, telah diadakan di Lobi Graha Makmur, MBMB.
Hadir meraikan adalah YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff , Setiausaha Bandaraya MBMB, Pegawai-pegawai Kanan serta anggota-anggota MBMB.
Selamat bersara diucapkan buat beliau dan didoakan agar sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan.



