6 Mac - Majlis Santunan Kasih Ramadan Dan Iftar Jamaie Mega Kerajaan Negeri Melaka telah diadakan di Dataran Pusat Islam, Bukit Palah.
Orang ramai hadir iftar bersama-sama YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi , Timbalan Perdana Menteri , YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka serta barisan EXCO dan Timbalan EXCO serta Ketua jabatan . Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB serta Ketua-Ketua jabatan dan unit MBMB.
Hadirin jemputan terdiri daripada anak-anak yatim dan golongan pekerja GIG seperti pekerja e-hailing iaitu Grab.
Alhamdulillah semoga majlis ini diberkati Allah SWT di samping mengeratkan silaturrahim di antara rakyat negeri Melaka.



