Majlis Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan Ambang Tahun Baharu 2024

PENGKALAN RAMA 1 Januari 2024 - Lebih 30,000 rakyat Negeri Melaka serta pelancong menghadiri Majlis Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan Ambang Tahun Baharu 2024 di Dataran Pengkalan Rama.
Majlis istimewa ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan isteri, YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Abdul Rahman; serta YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Hadir sama, YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Seni, Warisan dan Budaya Negeri Melaka selaku Pengerusi Bersama Sekretariat Tahun Melawat Melaka 2024.
Hadir sama, YB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka ke-12; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Rais Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; serta EXCO dan ADUN dan Turut hadir YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB bersama isteri.
Sepanjang kempen Tahun Melawat Melaka 2024, Kerajaan Negeri telah menyusun pelbagai acara pelancongan yang menarik bagi menggamit pelancong dan pengunjung ke Melaka.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 17 Disember 2025.
Jumlah Pelawat
04410994

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY