
16 April – YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, turut hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Portfolio Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka yang berlangsung di Perkarangan Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Wira Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri dan dan YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya selaku tuan rumah, yang bersama-sama menyambut para tetamu dalam suasana penuh mesra dan harmoni.


