PUTRAJAYA 17 Oktober - Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia KPKT Tahun 2023 telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan. YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj Othman, Datuk Bandar MBMB telah menerima sijil penghargaan dan plak daripada beliau di mana Kompleks Niaga Limbongan mendapat saguhati bagi Medan Selera Milik PBT yang dengan Premis Melebihi 10 Unit. Hadir sama, En. Khairul Anam bin Mokhtar, Pegawai Kesihatan Persekitaran MBMB.