3 Mac - Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Negeri Melaka telah berlangsung cukup meriah di Dataran 1 Malaysia , Klebang.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka . Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka , YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka , YB Datuk Wira Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka , barisan EXCO dan Timbalan EXCO Negeri Melaka , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Ketua jabatan dan agensi serta ahli-ahli Majlis MBMB.
Turut berlangsung acara menggaul Yee Sang beramai-ramai yang melambangkan kemakmuran, kekayaan dan kesihatan . Tahun Baharu Cina 2026 ini menandakan kedatangan Tahun Kuda melambangkan kecepatan, ketekunan dan semangat juang yang tinggi. Kehadiran orang ramai berbilang kaum membuktikan rakyat hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera.



