

19 April - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap ADUN Tanjung Bidara telah diadakan di Villa D’Acqua, Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka.
Ribuan hadirin membanjiri majlis rumah terbuka beliau di samping menikmati pelbagai juadah raya yang disediakan. Hadir sama YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, barisan EXCO dan Timbalan EXCO Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB serta Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB.


