
9 Mac - Majlis Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bulan Mac 2026 telah diadakan di Grand Ballroom, MITC , Ayer Keroh.
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka turut menyampaikan amanat beliau kepada semua penjawat awam serta menyatakan dengan jelas hala tuju pembangunan Negeri Melaka secara holistik.
Hadir sama , YB Datuk Wira Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka , YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Ketua-ketua jabatan agensi dan persekutuan , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB serta Ketua-ketua jabatan MBMB.
Turut diadakan penyampaian Anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard 2026 - 2028 yang disampaikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka kepada YBhg. Datuk Bandar MBMB. MBMB turut menerima piala Johan Keseluruhan Sukan Antara Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Melaka yang telah berlangsung pada 7 hingga 15 Februari yang lalu. Tahniah seluruh kontinjen MBMB!


