

16 Mei - Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MBMB Bil. 5/2025 telah diadakan bertempat di Dewan Taming Sari MBMB yang di hoskan oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Unit Audit Dalam MBMB.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB yang telah menyampaikan amanat beliau kepada warga kerja MBMB. Dalam ucapan beliau, beliau turut menyentuh berkaitan pelbagai perkhidmatan di MBMB telah berjaya didigitalisasikan dan memudahkan capaian kepada orang awam. Hadir sama,YBrs. Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya, Ketua-ketua Jabatan dan Unit serta seluruh warga kerja MBMB.
Turut berlangsung pelancaran Kempen Membanteras Scammer di mana beliau turut mengingatkan semua warga kerja MBMB agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan scammer yang semakin berleluasa. Turut diadakan penyampaian anugerah Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT kepada Kumpulan Technologist Crew yang mendapat tempat ke-5 manakala Kumpulan See First mendapat tempat ke-8. YBhg. Datuk Bandar turut menyampaikan sijil penghargaan kepada urus setia MALA di peringkat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.


